Respawn Entertainment dan EA telah mengumumkan yang acara kolaborasi di antara Apex Legends dan Final Fantasy VII Rebirth akan bermula pada 9 Januari ini dan berlanjutan sehingga 30 Januari 2024 yang menyertakan Takeover dan barangan kosmetik.
Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.
Acara kolaborasi ini akan menyertakan Final Fantasy Takeover yang menggantikan mod BR bukan Ranked, melaluinya pemain akan bermain seperti biasa akan tetapi mereka juga berpeluang untuk mencari dan menggunakan ‘Buster Sword’ iaitu pedang yang digunakan oleh watak utama Final Fantasy VII, Cloud.
Buster Sword ini boleh melakukan serangan ringan, serangan berat, menjadi perisai, ia juga membolehkan pemain untuk dash dan pada masa sama mengisi meter untuk menggunakan serangan berkuasa ‘Limit Break’.

Selain itu, pemain juga boleh mencari Materia yang hadir dengan empat warna dengan setiapnya mempunyai kelebihan tersendiri:
- Green Materia – membolehkan senjata pemain mengeluarkan kejutan kepada penjahat yang berhampiran selepas mengisi semula pelur.
- Purple Materia – criticals akan melakukan serangan yang lebih kuat
- Red Materia – dapat memangil Nessie untuk melakukan serangan bersama
- Yellow Materia – dapat melihat baki nyawa lawan
Pemain juga berpeluang untuk mengumpul 36 barangan kosmetik yang bertemakan Final Fantasy VII Rebirth, termasuk juga kostum untuk Horizon dan Newcastle. Kostum tambahan boleh didapatkan melalui Store untuk Legend seperti Wraith, Horizon dan Crypto.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.