Perkara biasa apabila memasuki bulan baharu, Xbox hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai perkhidmatan Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass bagi pertengahan pertama untuk bulan ini, dengan penambahan seterusnya akan diumumkan kemudian.

Tarikan utama untuk penawaran kali ini sudah semestinya Assassin’s Creed Valhalla terutama yang sudah lama menyimpan hajat untuk mencuba permainan yang mungkin adalah terakhir menggunakan format dunia terbuka yang luas bagi siri permainan ini.

Selain itu, terdapat juga permainan-permainan menarik yang lain seperti Figment, We Happy Few dan Resident Evil.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba pertengahan bulan ini:

  • Hell Let Loose (Xbox Series, PC) – 4 Januari 2024
  • Assassin’s Creed Valhalla (Xbox, PC) – 9 Januari 2024
  • Figment (Xbox, PC) – 9 Januari 2024
  • Super Mega Baseball 4 (Xbox, PC) – 11 Januari 2024
  • We Happy Few (Xbox, PC) – 11 Januari 2024
  • Resident Evil (Xbox, PC) – 16 Januari 2024
  • Those Who Remain (Xbox, PC) – 16 Januari

Mereka juga telah mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini iaitu pada 5 Januari untuk satu permainan Grand Theft Auto V dan pada 15 Januari untuk permainan lain seperti berikut:

  • Garden Story
  • MotoGP 22
  • Persona 4 Golden
  • Persona 3 Portable

Setiap permainan ini akan ditawarkan dengan potongan harga 20% bagi pelanggan yang ingin dapatkan permainan ini secara penuh.

Buat masa sekarang, hanya PC Game Pass yang ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan.

Sohor Kini