Astro hari ini telah berkongsi senarai kandungan yang paling popular di platform mereka sepanjang tahun 2023. Senarai ini menyertakan pelbagai jenis kandungan berbeza daripada siri TV, animasi dan juga sukan.
Berikut adalah kandungan paling popular di Astro sepanjang tahun 2023:
- Projek: High Council
- All Stars Gegar Vaganza
- Andai itu Takdirnya
- Liga Bola Sepak Malaysia
- Premier League
- Pasanga
- Didi & Friends
- Travel with Mummy
- Travelawa: Projek Bapak-Bapak
Astro juga mengumumkan yang pelanggan kini boleh mengakses saluran HITS NOW (CH702) secara percuma buat masa terhad iaitu bermula sekarang sehingga 31 Januari 2024 bersama dengan saluran HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug yang boleh ditonton secara percuma bermula 10 Januari sehingga 31 Mac 2024