Pada bulan Disember lepas, kerajaan China melalui Biro Penerbitan telah mencadangkan akta bagi mengawal perbelanjaan di dalam permainan video di negara tersebut. Walaupun ia hanya cadangan sahaja dan tidak lagi digazetkan, ia sudah cukup untuk memberi kesan kepada pasaran saham industri permainan video.
Selepas pengumuman tersebut, nilai pasaran untuk Tencent dan NetEase jatuh hampir $80 bilion dan menurut Reuters ia juga memberi kesan kepada keyakinan pelabur kerana risaukan peraturan yang lebih ketat.
Berdasarkan laporan terbaru oleh Reuters dan juga South China Morning Post, ketua untuk Biro Penerbitan iaitu Feng Shixin telah meletakkan jawatan. Berdasarkan beberapa sumber daripada dua portal tersebut, langkah ini diambil untuk mengurangkan kesan daripada pengumuman cadangan akta sebelum ini. Reuters juga melaporkan yang saham untuk Tencent dan NetEase memperlihatkan peningkatakan selepas laporan ini dikeluarkan.
Kerajaan China mengawal perbelanjaan di dalam permainan video bukanlah sesuatu yang baharu akan tetapi cadangan terbaru ini kelihatan lebih ketat dan dijangkakan memberikan impak yang lebih besar kepada penjanaan pendapatan bagi permainan-permainan tersebut.
Berikut adalah antara cadangan di dalam akta tersebut (terima kasih Josh Ye):