Percy Jackson and the Olympians adalah siri olahan semula daripada filem untuk Disney+. Siri ini ditulis oleh Rick Riordan yang juga merupakan penulis francais buku Percy Jackson ini. Siri ini dirancang untuk lima musim dengan setiap musim diadaptasi daripada jilid setiap lima buku.
Siri ini menawarkan pengalaman menonton yang lebih baik dengan membawa penonton ke mesta Percy Jackson secara lebih mendalam. Watak utama dibawakan oleh Walker Scobell, bersama-sama dengan Leah Sava Jeffries dan Aryan Simhadri. Deadline baru-baru ini melaporkan yang siri ini menjadi antara siri asli Disney paling popular di Disney+ dan Hulu dengan lebih 13.3 juta penonton untuk episod pertama.

Siri ini mempunyai lapan episod, dengan tiga sudah boleh ditonton. Kami di Aksiz telah menonton empat episod dan kami bersetuju yang siri ini lebih baik berbanding filem. Tetapi penceritaan yang cuba disampaikan terlampau tumpu kepada hiburan untuk kanak-kanak berbanding untuk dewasa.
Baca – Percy Jackson And The Olympians – Sebuah Siri Fantasi Baik Untuk Kanak-Kanak