Rebel Moon – Part One: A Child of Fire adalah filem pertama Rebel Moon oleh Zack Snyder iaitu Star Wars untuk Netflix. Filem ini menerima kritikan yang dahsyat kerana tidak mempunyai penceritaan yang lancar, visual yang tidak konsisten serta struktur cerita yang tiada arah tujuan. Walaupun begitu, Snyder menjamin filem kedua yang Netflix telah acah baru-baru ini akan memberikan pengalaman menonton berbeza.

Tidak kira apa yang kritik katakan mengenai filem ini, Rebel Moon – Part One: A Child of Fire adalah filem Netflix paling popular untuk seminggu ini. Filem ini telah ditonton oleh lebih 23,900,000 pengguna dan 54,100,00 jam tontonan daripada 18 Disember ke 24 Disember. Filem ini turut menjadi yang pertama dalam carta Top 10 di Netflix dan majoriti negara lain yang menawarkannya.

Sohor Kini