Spiral: From the Book of Saw adalah filem sampingan kepada Saw yang berlaku dalam mesta yang sama tetapi garis masa berlainan. Filem ini tidak menerima sambutan yang baik, tetapi penerbit iaitu Mark Burg dan Oren Koules memberitahu SFX Magazine yang mereka masih berminat untuk hadir dengan sekuel Spiral bersama dengan Chris Rock.

Tetapi buat masa ini mereka ingin memberikan fokus kepada filem Saw XI, kerana Saw X yang terbukti berjaya dan menerima maklum balas positif menjadikan ia antara filem Saw yang paling digemari ramai. Tidak pasti apakah kisah dalam Saw XI, adakah kisah Tobin Bell sebagai Jigsaw akan diteruskan atau menumpukan kisah sampingan watak lain? Sama-sama kita nantikan.
Baca – Ulasan Saw X