Todd Philips Kongsi Imej Joker Dan Harley Quinn Baharu

Joker: Folie à Deux adalah sekuel kepada Joker yang ditayangkan pada tahun 2019. Filem ini mengisahkan Arthur Fleck sebagai Joker, lakonan Joaquin Phoenix. Untuk sekuel, Lady Gaga menyertai Phoenix sebagai kekasih Joker terkenal iaitu Harley Quinn.

Filem ini berlaku dalam mesta DC Elseworld dan akan menjadi satu filem muzikal. Todd Philips selaku pengarah dan penulis filem ini baru-baru ini berkongsi dua imej baharu. Pertama Arthur Fleck di sebalik pintu kayu, mungkin penjara? Kedua adalah Harley Quinn bersama Joker dengan muka telah disolek.

Filem ini akan ditayangkan pada 4 Oktober 2024, Catherine Keener, Brendan Gleeson dan Zazie Beetz turut membintangi filem ini.

Sohor Kini