Melvor Idle Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store – Sehari Sahaja

Meneruskan tawaran harian mereka, Epic Games Store telah menawarkan Melvor Idle sebagai permainan percuma untuk hari ini, ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 12 pagi, 23 Disember 2023 ini.

Melvor Idle merupakan permainan oleh Games by Malcs dan diterbitkan oleh Jagex Ltd dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2021. Ia adalah permainan yang dikatakan mengambil inspirasi daripada RuneScape dengan memfokuskan kepada bahagian yang penting untuk satu permainan pengembaraan.

Jangan lupa untuk menebus permainan ini kerana tawaran ini adalah untuk sehari sahaja melalui pautan ini.

Sohor Kini