Pendatang adalah filem tempatan baharu oleh Kuman Pictures yanng berlaku di dunia distopia Malaysia, di mana kaum berbeza tidak dibenarkan bergaul atas undang-undang drakon. Filem ini menceritakan kisah sebuah keluarga Cina yang dipindahkan ke sebuah rumah di perkampungan Melayu. Mengejutkan di dalam rumah ini terdapat seorang kanak-kanak perempuan Melayu menyembunyikan diri. Adakah keluarga ini patut “membuang” dia atau melindunginya?

Filem ini disiarkan secara percuma tanpa iklan di YouTube malam tadi. Kini selepas 17 jam, filem ini telah ditonton oleh lebih 100,000 orang. Ini menjadikan Pendatang filem biayasama (crowdfund) tempatan pertama yang berjaya.

Filem ini diarahkan oleh Ken Kin dan skrip ditulis oleh Lim Boon Siang. Ia dibintangi oleh Fred Chan, Mayjune Tan, Shareen Yeo, Kyzer Tou, Qaidah Marha, Nick Davis, Kent Tan, Grace Ng, Julie Chew, Dave Tan, Devakar Rajah, Jasmin Lyn, Jonathan Cheong , Afry Wijoyo, Chuan Boon Loh, David Cheah & Loh Shu Jin dan Azman Hassan.

Filem ini disiarkan di YouTube kerana konsepnya tidak dibenarkan oleh LPF. Oleh yang demikian, Kuman Pictures menggunakan laman Indiegogo dan berjaya dibiayai oleh 600 orang dengan jumlah sekitar RM421,765.

Sohor Kini