Skip to main content

Kita sudah menghampiri penamat untuk tahun 2023 dan seperti biasa, Steam akan menganjurkan jualan promosi akhir tahun ataupun ‘Steam Winter Sale’ bermula sekarang dan berlanjutan sehingga 4 Januari 2024.

Terdapat ratusan jika tidak ribuan permainan yang ditawarkan dengan harga promosi. Mencari permainan yang patut anda beli sudah semestinya bermula dengan senarai hajat anda sendiri. Ini adalah masa untuk membeli mana-mana permainan yang sudah lama berada di dalam senarai tersebut.

Jika anda tidak mempunyai senarai hajat ataupun permainan yang diinginkan tidak menerima potongan harga, jangan risau, artikel ini kami akan kongsikan 10 permainan yang anda patut beli semasa jualan promosi ini:

Baldur’s Gate 3

Sudah tidak disangkalkan lagi, Baldur’s Gate 3 adalah permainan terbaik tahun ini. Oleh itu, walaupun sekadar menerima potongan harga yang kecil iaitu 10% sahaja, ia masih lagi satu permainan yang harus dimiliki oleh semua yang meminati genre RPG. Permainan ini mempunyai kandungan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya mengambil 100 jam masa anda. Ditambah lagi dengan kepelbagaian cabang penceritaan, anda akan bermain permainan ini berulang-ulang kali. Permainan ini ditawarkan dengan harga RM197.10.

Pautan: Steam

Hogwarts Legacy

Hogwarts Legacy walaupun ‘terlepas’ pandang oleh The Game Awards, merupakan antara permainan paling menarik yang dikeluarkan pada tahun ini. Bukan sahaja untuk peminat Harry Potter tetapi juga untuk pemain yang menyukai permainan dunia terbuka. Permainan ini juga menerima ulasan di Steam yang sangat positif iaitu “Very Positive” daripada 174 ribu ulasan. Ini ditambah lagi ia ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 50% iaitu RM124.50 sahaja ia sudah semestinya berbaloi. Jika ingin lebih murah, ia juga ditawarkan di Epic Games Store dan selepas kupon boleh didapatkan dengan harga RM100.09 sahaja.

Pautan: Steam

Baca: Ulasan Hogwarts Legacy

Elden Ring

Permainan terbaik tahun lepas, Elden Ring adalah permainan souls-like paling popular setakat ini, ia telah bertanggungjawab untuk membawa ramai pemain untuk menyukai genre ini. Walaupun mengekalkan elemen permainan sukar yang menjadi trademark bagi genre ini, Elden Ring juga adalah permainan yang lebih forgiving kepada pemain-pemain baharu. Sejak dilancarkan, ia telah menerima 552 ribu ulasan di Steam dengan mendapat label “Very Positive”. Permainan ini boleh didapatkan dengan harga RM119.40 iaitu potongan harga sebanyak 40%.

Pautan: Steam

Hades

Jika Elden Ring membawa lebih banyak pemain untuk mencuba genre souls-like, kami boleh katakan yang Hades adalah permainan yang membuatkan ramai jatuh cinta dengan genre roguelite. Hades mempunyai resipi yang mencukupi untuk menjadikannya satu permainan roguelite yang menarik tetapi pada masa sama juga memberikan kepuasan untuk pemain yang lebih meminati bahagian pengembaraan ataupun penceritaan. Dilancarkan pada tahun 2020 lagi, harga tanpa diskaun pun sudah cukup berbaloi, ini tambahan lagi dengan potongan harga 50%, ia boleh didapatkan dengan harga RM30.50 sahaja.

Pautan: Steam

Baca: Ulasan Hades

Resident Evil 4

Tercalon antara permainan terbaik tahun ini di The Game Awards, kualiti permainan penghasilan semula Resident Evil 4 ini sudah semestinya tidak perlu dipersoalkan lagi. Pengguna di Steam juga bersetuju yang memberikan ulasan “Overwhelmingly Positive” daripada 73 ribu ulasan. Permainan ini telah mengembangkan lagi penawaran permainan Resident Evil 4 dan juga Resident Evil secara umum dengan memberikan permainan aksi pengembaraan yang memuaskan. Ia ditawarkan dengan harga RM122 iaitu potongan harga sebanyak 50%.

Pautan: Steam

Baca: Ulasan Resident Evil 4

Diablo IV

Kami sebenarnya sedikit teragak-agak untuk meletakkan Diablo IV di dalam senarai, ia adalah kerana perkembangan permainan ini, melalui kandungan-kandungan yang disertakan pasca-pelancaran bukanlah di tahap yang seperti diinginkan. Namun, sebagai permainan asas, ataupun untuk kempen penceritaan, kami masih merasakan yang ia adalah satu permainan yang sangat baik. 20 hingga 30 jam pertama bermain permainan ini masih lagi menjadikan harga pembelian sangat berbaloi tambahan lagi tanpa diskau, permainan ini mempunyai harga yang sangat tinggi iaitu RM320, dan kini boleh didapatkan dengan harga RM192 iaitu potongan 40%.

Pautan: Steam

Baca: Ulasan Diablo IV (Kempen)

Yakuza: Like a Dragon

Sebagai permulaan baharu untuk siri Yakuza, bukan sahaja melalui pengenalan watak baharu iaitu Ichiban tetapi juga dengan membawa tatamain berlainan dengan kebiasaan untuk permainan Yakuza, permainan ini wajib dimainkan oleh peminat siri Yakuza dan juga yang baru sahaja ingin bermula berkenalan dengan siri ini (anda patut!). Tidak cukup dengan itu, permainan ini juga menerima potongan harga sebanyak 80% iaitu RM45.80 sahaja. Ia juga boleh didapatkan melalui PC Game Pass.

Pautan: Steam

Baca: Ulasan Mini – Yakuza: Like A Dragon

Hi-Fi Rush

Bethesda dan Tango Gameworks telah melancarkan permainan ini dengan mengejut, akan tetapi ia boleh dikatakan sebagai “Nice Surprise” kerana kami boleh katakan yang ia adalah antara permainan terbaik diterbitkan oleh Bethesda (benar, termasuk juga selepas Starfield). Tidak kira anda meminati permainan berdasarkan irama, ataupun sekadar berminat dengan permainan aksi, permainan ini adalah memuaskan untuk kedua-dua cabang genre tersebut. Permainan ini ditawarkan dengan harga RM78.67 iaitu potongan harga sebanyak 25%.

Pautan: Steam

https://www.youtube.com/watch?v=pgd4aU56Kig

Ratchet & Clank: Rift Apart

Insomniac Games telah hadir dengan beberapa permainan menarik dua tiga tahun ini, dan walaupun tidak ‘sebesar’ siri permainan Marvel’s Spider-Man, akan tetapi Ratchet & Clank: Rift Apart adalah satu permainan yang sangat menyeronokkan. Di dalam banyak-banyak permainan PlayStation yang dikeluarkan di PC, bagi jualan promosi kali ini kami sangat cadangkan anda mendapatkan permainan ini, tetapi pastikan anda menggunakan SSD untuk pengalaman terbaik untuknya. Permainan ini ditawarkan dengan harga RM166.83 iaitu potongan harga sebanyak 33%. Anda juga boleh dapatkan dengan harga RM111.77 di Epic Games Store.

Pautan: Steam

Baca: Ulasan Ratchet & Clank: Rift Apart (PC)

Disco Elysium

Kami memulakan senarai ini dengan satu permainan yang akan menjadi permainan terbaik RPG untuk sekian lama, dan adalah tepat untuk mengakhiri senarai ini dengan satu lagi permainan terbaik RPG iaitu Disco Elysium yang dikeluarkan pada tahun 2019. Permainan ini tidak mempunyai pertempuran, akan tetapi masih lagi menawarkan apa yang ditawarkan oleh Baldur’s Gate 3 iaitu watak, penceritaan dan juga rekaan dunia yang sangat baik. Jika anda masih tidak memiliki permainan ini, ia adalah satu pembelian yang wajib tambahan lagi dengan harga RM16.25 sahaja iaitu potongan harga sebanyak 75%.

Pautan: Steam

Leave a Reply