Pendatang Kini Boleh Ditonton Secara Percuma Di YouTube

Seperti yang dijanjikan oleh Kuman Pictures, filem terbaru mereka iaitu Pendatang kini boleh ditonton secara percuma melalui YouTube dan anda boleh menontonnya dengan melayari saluran Kuman Pictures di YouTube ataupun melalui video di bawah.

Filem ini adalah mengenai Malaysia versi ‘distopia’ di mana, bangsa yang berlainan tidak dibenarkan untuk bercampur gaul ataupun berhubung. Filem ini memfokuskan kepada sekeluarga berbangsa Cina yang berpinda ke tempat baharu dan mendapati yang tempat tersebut terdapat seorang kanak-kanak Melayu.

Kuman Pictures sebelum ini mengatakan yang mereka memilih untuk melakukan biayasama bagi mencari dana filem ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan dana secara tradisional kerana subjek filem ini yang mungkin dilihat kontroversi.

Pendatang diarahkan oleh Ken Kin dengan lakon layar ditulis oleh Lim Boon Siang dan melibatkan senarai pelakon seperti Fredy Chan, Mayjune Tan, Shareen Yeo, Qaidah Marha, dan Azman Hassan.

Sohor Kini