Reacher Adalah Siri TV Prime Video Paling Popular 2023

Reacher adalah siri TV paling popular di Prime Video untuk tahun 2023. Siri ini diciptakan oleh Nick Santora berdasarkan buku Lee Child, di mana pertama mengambil buku Killing Floor dan musim kedua yang baru sahaja disiarkan menggunakan Bad Luck and Trouble sebagai inspirasi.

Musim kedua yang baru mempunyai tiga episod ini telah ditonton oleh 50% penonton musim pertama yang sebelum ini menerima 1.84 bilion minit tontonan. Siri ini ditawarkan untuk pelanggan Prime Video di 1890 buah negara. Alan Ritchson berlakon sebagai Jack Reacher bersama-sama dengan Maria Sten, Serinda Swan, dan Shaun Sipos sebagai ahli unit penyiasatan khas ke-110.

Selain itu, Ferdinand Kingsley berlakon sebagai salah seorang antagonis yang digelar sebagai A.M., Robert Patrick sebagai Shane Langston ketua sekuriti kontraktor pertahanan yang mencurigakan dan turut disertai oleh Domenick Lombardozzi sebagai Guy Russo – detektif NYPD.

Siri ini turut akan diteruskan untuk musim ketiga kerana cukup popular untuk Prime Video meneruskan kandungan asli Amazon Originals ini.

Sohor Kini