Epic Games Store hari ini telah mengumumkan permainan baharu yang ditawarkan secara percuma, namun berbanding tawaran mingguan mereka menjadikan tawaran permainan percuma harian. Permainan yang ditawarkan hari ini ialah DNF Duel.

DNF Duel ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan diterbitkan oleh Nexon pada tahun lepas. Permainan ini menyertakan 15 watak, dengan 5 lagi watak boleh didapatkan melalui pas semusim dan juga boleh dibeli secara berasingan.

Tawaran percuma ini adalah sehingga 12 pagi, 22 Disember 2023 sahaja oleh itu jangan terlepas untuk merebusnya di pautan ini.

Sohor Kini