Bobby Kotick Meninggalkan Activision Blizzard Akhir Bulan Ini

CEO Activision Blizzard untuk 32 tahun yang lepas telah mengumumkan beliau akan meninggalkan studio permainan tersebut pada 29 Disember 2023, lanjutan selesainya pengambil-alihan mereka oleh Microsoft dengan bayaran RM324 bilion.

Di dalam suratnya kepada pekerja Activision Blizzard, beliau menghargai kesemua pekerja yang telah menjadikan hiburan yang sekadar hobi kepada medium yang paling menarik. Beliau juga mengatakan yang Phil Spencer selaku ketua Xbox akan menjaga studio mereka dengan baik.

Melalui memo dalaman oleh Phil Spencer (dikongsi oleh The Verge), beliau mengatakan yang ketua-ketua di dalam Activision Blizzard kini akan berada di bawa Matt Booty iaitu Presiden, Kandungan Permainan Video dan Studios.

Selain itu, bersama dengna Bobby Kotick, Lulu Meservey dan Human Sakhini juga akan meninggalkan Activision Blizzard pada akhir Januari tahun depan dan Disember ini.

Sohor Kini