Axios hari ini telah melaporkan yang CEO Warner Bros. Discovery David Zaslav telah melakukan berjumpa dengan CEO Paramount Global Bob Bakish untuk membincangkan mengenai potensi Warner Bros. Discovery mengambil alih Paramount untuk membentuk satu lagi gergasi media.

Tambah laporan tersebut, buat masa ini tidak disahkan lagi jika WBD akan mengambil-alih syarikat induk Paramount iaitu National Amusements Inc ataupun Paramount Global sahaja, dengan kedua-dua pilihan adalah kemungkinan untuk perbincangan ini.

Warner Bros baru sahaja bergabung dengan Discovery untuk membentuk WBD pada tahun lepas, manakala Paramount pula dikatakan memerlukan rakan kongsi baharu kerana jumlah hutang yang ditanggung oleh syarikat tersebut.

Dengan perbincangan pengambil-alihan ini masih di peringkat awal, ia mungkin akan berakhir dengan tanpa sebarang perjanjian dilakukan.

Sohor Kini