PlayStation 5 Terjual 50 Juta Unit Selepas 3 Tahun Dilancarkan

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang PlayStation 5 telah terjual sebanyak 50 juta unit setakat 9 Disember 2023 yang juga seminggu dua selepas ia menyambut ulang tahun ke-3 pelancaran.

Berdasarkan daripada jumlah ini, boleh dikatakan yang PS5 telah terjual sebanyak 3.5 juta unit pada sepanjang bulan Oktober sehingga 9 Disember. Dengan akhir bulan ini kebiasaannya menjadi tempoh utama untuk pembelian konsol, jumlah terjual sudah semestinya akan bertambah lagi sebelum memasuki tahun 2024.

Jim Ryan, CEO untuk SIE yang akan bersara pada tahun depan mengatakan yang mencapai jumlah jualan ini membuktikan sokongan tanpa henti oleh komuniti PlayStation secara global dan juga pengalaman yang baik dihasilkan oleh pembangun-pembangun permainan daripada PlayStation Studios dan rakan kongsi.

SIE sebelum ini telah melancarkan rekaan baharu untuk PS5 yang juga digelar oleh pemain sebagai PS5 Slim. Ia sudah ditawarkan di pasaran tetapi tidak secara rasmi di Malaysia.

Sohor Kini