Ubisoft telah mengumumkan yang demo bagi Prince of Persia: The Lost Crown, permainan terbaru di dalam siri ini, boleh dicuba secara percuma bermula pada 11 Januari 2024 iaitu beberapa hari sebelum tarikh pelancaran, 18 Januari 2024.
Mereka juga berkongsi treler yang memfokuskan kepada penceritaan yang anda boleh tonton di bawah.
Demo ini dikatakan dihasilkan secara khusus untuk memberi gambaran yang pemain boleh nantikan daripada permainan penuh. The Lost Crown merupakan permainan aksi side-scrolling dan pemain akan menjadi Sargon yang selain menggunakan dua pedangnya, dia juga mempunyai pelbagai kebolehan lain seperti mengawal masa. Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai tekaria.
Prince of Persia: The Lost Crown akan dilancarkan pada 18 Januari 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Epic Games Store serta Ubisoft Store.