Games Workshop dan Amazon Studios telah mengumumkan yang mereka telah menandatangani perjanjian penuh bersama untuk menghasilkan kandungan berdasarkan IP Warhammer 40,000 dan mereka mengatakan kandungan ini adalah untuk skrin kecil dan besar.

Pengumuman ini adalah kesinambungan kepada pengumuman yang dilakukan pada tahun lepas di mana mereka telah bersetuju secara prinsipal untuk bekerjasama. Buat masa ini mereka tidak mengesahkan lagi jika projek pertama akan menjadi filem atau siri TV.

Namun, mereka mengatakan yang penulis sedang dikumpulkan dan akan diselia oleh Henry Cavill yang akan menjadi penerbit eksekutif bagi projek ini. Henry Cavill seperti kita sedia maklum merupakan peminat tegar permainan Warhammer 40,000, oleh itu tidak mengejutkan beliau terlibat secara terus di dalam projek ini.

Sohor Kini