Metacritic iaitu laman aggregator ulasan untuk pelbagai kandungan telah hadir dengan senarai 10 permainan paling teruk bagi tahun ini menurut skor mereka di laman tersebut. Bersama dengan pelbagai permainan menarik yang tiba pada tahun ini, sudah semestinya terdapat beberapa permainan yang kita kata ‘miss the mark‘.

Kami secara peribadi tidak pernah mencuba mana-mana permainan yang tersenarai ini, sebabnya adalah sudah jelas, tetapi berikut adalah 10 permainan paling teruk tahun in menurut Metacritic;

  1. The Lord of the Rings: Gollum – 34
  2. Flashback 2 – 35
  3. Greyhill Incident – 38
  4. Quantum Error – 40
  5. Testament: The Order of High-Human – 41
  6. Crime Boss: Rockay City – 43
  7. Hellboy: Web of Wyrd – 47
  8. Gangs of Sherwood – 48
  9. Loop8: Summer of Gods – 49
  10. Gargoyles Remastered – 49

Setiap pembangun permainan sudah semestinya tidak pernah sengaja untuk menerbitkan permainan yang tidak menarik ataupun tidak berkualiti, akan tetapi sudah tidak dapat dielakkan lagi apabila permainan dilancarkan, ia akan dinilai mengikut apa yang disampaikan.

Sohor Kini