Selain untuk mendapatkan aplikasi Disney+ Hotstar di lebih banyak platform dan juga kualiti penstriman yang lebih baik, antara fungsi yang diminta-minta adalah untuk menambah jumlah profil yang disertakan.

Bermula hari ini, permintaan tersebut sudah terjawab apabila Disney+ Hotstar kini membolehkan anda menyertakan sehingga 7 profil di dalam satu akaun, termasuk juga untuk akaun kanak-kanak (dilaporkan terlebih dahulu oleh Soya Cincau).

Dengan Disney+ Hotstar buat masa ini masih tidak menyekat perkongsian akaun, profil ini sangat berguna untuk memastikan sejarah tontonan anda tidak bercampur-campur dengan pengguna yang lain.

Disney+ Hotstar boleh dilanggan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan. ataupun bersama dengan langganan perkhidmatan lain seperti Astro.

Sohor Kini