Echo adalah siri TV pertama Marvel Cinematic Universe di bawah Marvel Spotlight. Siri ini juga adalah yang pertama dalam MCU yang menerima klasifikasi TV-MA, atau untuk penonton matang. Terbaru, Marvel telah hadir dengan treler acah baharu yang mempertontonkan aksi ganas seakan siri Daredevil di Netflix.

Video ini turut mempunyai aksi yang dahsyat, perlawanan yang menumpahkan darah, ada ramai yang mati serta turut terdapat satu saat kemunculan Daredevil yang jelas sekali memakai kostum baharu yang tidak sama dalam siri Netflix atau dalam She-Hulk. Siri ini mempunyai lima episod yang akan disiarkan serentak pada 10 Januari 2024, jam 10 pagi.

Sohor Kini