Dapatkan Rangkuman Aktiviti Anda Di Steam Bagi Tahun 2023

Sepertimana yang dilakukan oleh PlayStation dan juga Xbox, Steam juga telah hadir dengan rangkuman aktiviti mereka sendiri iaitu “Year in Review” yang antaranya memperlihatkan jumlah permainan dimainkan sepanjang tahun ini, pencapaian dan juga permainan-permainan paling lama dimainkan. Namun, mereka tidak berkongsi jumlah jam bermain sebaliknya sekadar memperlihatkan peratusan daripada keseluruhan jam bermain.

Selain itu, ia juga memperlihatkan pecahan di antara permainan baharu dan permainan yang dikeluarkan pada tahun-tahun lepas. Anda juga boleh melihat genre permainan yang anda sering mainkan sepanjang tahun ini. Bagi permainan-permainan secara individu, anda boleh melihat berapa sesi permainan dan juga pencapaian-pencapaian yang diperoleh sepanjang anda bermain.

Anda boleh layari laman Year in Review di Steam untuk dapatkan laporan bagi profil anda sendiri.

Sohor Kini