Selepas berbulan dalam perbicaraan, Jonathan Majors pelakon siri TV Lovecraft Country dan penjahat utama dalam francais MCU The Multiverse Saga iaitu Kang The Conqueror/He Who Remains yang telah muncul dalam Loki dan Ant-Man and the Wasp Quantumania didapati bersalah menyerang seorang wanita – Jabbarai, koreografer.

Untuk itu, The Hollywood Reporter melaporkan yang Disney turut telah memecat Majors. Kini Marvel dikatakan besar kemungkinan akan menamatkan penceritaan Kang dan membatalkan perancangan filem Avengers: The Kang Dynasty. Filem ini kini digelar sebagai Avengers 5 yang dikatakan akan menggunakan watak baharu sebagai penjahat utama The Multiverse Saga.

THR turut menyatakan Disney dan Marvel turut mungkin akan meneruskan penceritaan Kang, kerana penulis Loki iaitu Michale Waldron telah menjadi penulis untuk Avengers 5. Jika watak ini diteruskan, pelakon lain akan menggantikan Major cuma terdapat kerisauan kepada pelakon lain jika ingin memainkan watak yang pelakon lepas dipecat.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini