Ansat Broadcast iaitu syarikat dimiliki secara majoriti oleh Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan Chee Yioun telah bekerjasama dengan MNC Group iaitu konglomerat dari Indonesia untuk melancarkan perkhidmatan televisyen langganan baharu iaitu OK Vision, hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang hadir majlis pelancaran tersebut telah mengatakan yang beliau amat mengalu-alukan kerjasama strategik antara Ansat dan MNC Group, dan berharap ia dapat membuka lembaran baharu bagi mengukuhkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Menurut laman rasmi Ok Vision, mereka akan memfokuskan kepada kandungan-kandungan hiburan dari Indonesia bersama dengan saluran-saluran tempatan. Ia boleh ditonton secara percuma untuk beberapa saluran, manakala OK Pek ditawarkan dengan harga RM20 sebulan dan percuma untuk 12 bulan pertama.

Sohor Kini