Gigabyte telah mengumumkan yang model baharu bagi laptop Aorus 17 dan Aorus 15 akan menggunakan cip pemprosesan terbaru oleh Intel iaitu Intel Core Ultra 7 bersama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40.
Dengan menggunakan Intel Core Ultra 7 yang mempunyai AI Boost Engine (NPU) ia dikatakan akan mempertingkatkan ketahanan bateri dan juga meningkatkan kecekapan kuasa. Bagi paparan, antara model yang ditawarkan adalah menggunakan resolusi QHD dengan kadar segar semula sehingga 240Hz.
Laptop ini akan tiba sekitar tahun 2024 tetapi masih tiada pengesahan mengenai harga dan juga penawarannya di pasaran Malaysia.