Skip to main content

Wednesday adalah antara siri TV The Addams Family yang menarik. Ia turut menjadi antara siri paling popular di Netflix dengan mencapai lebih 250 juta tontonan. Siri lakonan Jenna Ortega ini kini sedang menjalankan penggambaran musim kedua.

Sebelum penggambaran bermula, Bloomberg melaporkan yang Netflix ingin mengembangkan lagi penawaran kandungan The Addams Family dengan siri sampingan memfokuskan Uncle Fester lakonan Fred Armisen pula. Siri ini adalah kerjasama bersama Amazon MGM Studios dan Netflix mungkin ingin membina mesta Addams Family selepas menampak kejayaan dan potensi francais ini.

Bukan itu sahaja, platform pentsriman ini turut dikatakan berpotensi hadir dengan siri sampingan Extraction. Tetapi sumber tidak mendedahkan apa-apa mengenainya. Apa yang menarik adalah, Peaky Blinders turut akan menerima dua siri sampingan dengan satu berlaku di Boston pada abad ke-20 iaitu beberapa puluh tahun selepas siri asal dan satu lagi kisah memfokuskan Polly dengan tribal jenayah Shelly.

Buat masa ini masih tiada butiran sama ada perancangan ini akan menjadi realiti atau tidak. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Sumber – Bloomberg

Leave a Reply