Predator Triton Neo 16 Dikemaskini Dengan Intel Core Ultra

Acer telah mengumumkan yang model baharu untuk Predator Triton Neo 16 yang menggunakan cip pemprosesan terbaru oleh Intel iaitu Intel Core Ultra yang mempunyai kebolehan khusus untuk AI. Laptop ini juga hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40.

Predator Triton Neo 16 mempunyai paparan dengan saiz 16-inci, resolusi 3200×2000 dan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz. Ia juga mempunyai model yang ditawarkan dengan resolusi 1920×1200.

Laptop ini akan mula ditawarkan pasaran luar bermula pada bulan Mac 2024, manakala bagi pasaran Malaysia ia masih tidak diumumkan lagi.

Sohor Kini