Free Fire Winterlands Menawarkan Pelbagai Aktiviti Dan Kostum

Acara Winterlands kembali lagi pada tahun ini ke dalam Free Fire di mana mereka akan menyertakan pelbagai aktiviti dan kostum untuk pemain meraikan sambutan akhir tahun ini. Antara yang hadir bersama dengan Winterlands ini adalah lagu tema baharu iaitu ‘Legacy’ oleh DJ Alok yang sudah boleh distrim.

Sepanjang acara ini, pemain boleh menyelesaikan pelbagai misi dan juga dapat mencuba kostum termasuk juga Wukong. Pemain juga boleh dapatkan penceritaan terbaru untuk Free Fire termasuk juga versi animasi yang anda boleh tonton di bawah.

Pemain juga boleh dapatkan set kostum Frostfire Legendary melalui berkas Polar dan Magma. Ia antaranya menyertakan kostum, emote, animasi permulaan dan juga posture. Pek suara dan juga kad Squad Protection juga boleh ditebus sepanjang acara ini.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini