Apple Arcade Menerima Permainan Tamagotchi Bulan Depan

Apple Arcade telah mengumumkan yang mereka akan menyertakan tiga permainan pada bulan Januari iaitu Tamagotchi Adventure Kingdom, Cornsweeper dan Blackjack. Kesemua permainan ini akan tiba pada 4 Januari 2023.

Tamagotchi Adventure Kingdom adalah permainan oleh Bandai Namco berdasarkan watak ‘rakan maya’ popular. Di dalam permainan ini, pemain mengikuti Mametchi yang sedang berusaha untuk mengembalikan keamanan di planet Tamagotchi. Pemain boleh berjumpa dengan 300 Tamagotchi dan membina kem sendiri.

Cornsweeper dibangunkan oleh seorang pembangun dari Jamaica Wubttr, ia adalah permainan seperti minesweeper tetapi dengan rekaan yang lebih cantik dilengkapi bersama dengan muzik lo-fi yang akan menemani pemain.

Blackjack dibangunkan oleh MobilityWare+ yang menawarkan pengalaman baharu untuk sesi permainan Blackjack termasuk juga dengan menyertakan pelbagai lokasi berbeza. Pemain boleh melihat kemajuan melalui leaderboard dan juga sistem table run.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Sohor Kini