HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Honkai: Star Rail iaitu versi 1.6, “Crown of the Mundane and Divine” akan dilancarkan pada 27 Disember 2023 yang antaranya menyertakan kawasan baharu iaitu Seclusion Zone di Herta Space Station yang merupakan tempat Madam Ruan Mei melakukan eksperimen dan akan mempunyai penjahat “Borehole Planet’s Old Crater”

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan tiga watak baharu iaitu Madam Ruan Mei, Dr. Ratio, dan Xueyi. Madam Ruan Mei merupakan watak 5-bintang yang merupakan elemen Ice dan mengikut Path of Harmony. Seterusnya adalah Dr. Ratio yang juga watak 5-bintang dengan elemen Imaginary dan mengikuti Path of the Hunt – Dr Ratio akan diberikan secara percuma untuk setiap pemain. Akhir sekali adalah Xueyi iaitu watak 4-bintang dengan elemen Quantum dan mengikuti Path of the Destruction.

Kandungan lain yang akan tiba adalah DLC baharu untuk Simulated Universe iaitu ‘Gold and Gears’ dan acara masa terhad ‘Critter Pick Scavenging’ yang memerlukan pemain untuk menjaga satu kehidupan yang baru tiba.

Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini