AP Bren Memastikan Kejuaraan Dunia Mobile Legends Kekal Di Filipina

Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang berakhir hari ini yang telah memperlihatkan AP Bren meneruskan dominasi pasukan dari Filipina untuk kejuaraan ini selepas mengalahkan ONIC Esports dengan skor 4-3.

ONIC Esports memberi perlawanan yang cukup baik apabila kembali daripada ketinggalan 3-1 untuk membawa perlawanan ke pusingan ketujuh, akan tetapi AP Bren akhirnya terlalu kuat untuk mereka dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara.

Selaku juara, AP Bren membawa pulang hadiah tunai $300 ribu, ini merupakan kejuaraan dunia kedua mereka apabila sebelum ini memenangi M2 pada tahun 2021.

Penantian negara-negara lain untuk menamatkan dominasi Filipina di kejuaraan ini ditangguh lagi sehingga tahun depan iaitu M6 yang sebelum ini telah diumumkan akan berlangsung di Malaysia.

Sohor Kini