Moonton hari ini ketika Peringkat Akhir untuk M5 yang berlangsung di Manila telah mengumumkan yang kejohanan ini tahun depan, yang juga digelar sebagai M6 World Championship akan berlangsung di Malaysia.
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah selepas kejohanan ini yang pertama turut dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2019. Malaysia juga sebelum ini merupakan penganjur untuk kejohanan M5 Wildcard yang baru diperkenalkan tahun ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli yang berada di Manila untuk menerima “tugasan” tuan rumah mengatakan yang kejohanan ini kembali di mana ia bermula dan ingin pasukan Malaysia untuk memberi cabaran di dalam kejohanan ini dengan semangat “tidak mengaku kalah”.
Pengumuman Malaysia menjadi tuan rumah disambut dengan sorakan oleh pemain tempatan semasa ia diumumkan ketika Pesta MLBB M5 yang dianjurkan di Lanai@MATIC hari ini, ia juga menyediakan sesi tontonan beramai-ramai peringkat akhir M5.