ESL One Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung sejak 11 Disember lepas, menutup tirai dengan pertempuran peringkat Grand Final di antara Gaimin Gladiators melawan dengan Azure Ray yang memperlihatkan Azure Ray memenangi dengan skor 3-2.

Sebelum ke peringkat kalah mati, Azure Ray dan Gaimin Gladiators berada di kumpulan yang sama dengan Azure Ray berada di tempat pertama dan Gaimin Gladiators di tempat kedua. Di peringkat kalah mati, Azure Ray mengalahkan Team Falcons sebelum ‘ditendang’ ke Lower Bracket oleh Gaiming Gladiators.
Mereka mengalahkan Team Liquid di Peringkat Akhir (Lower Bracket) untuk sekali lagi bertemu dengan Gaimin Gladiators di Grand Final. Mereka berjaya membalas dendam dan membawa pulang $300 ribu bersama dengan 4,800 ESL Pro Tour Points. Sebagai naib juara, Gaimin Gladiators membawa pulang $175 ribu dan 3,600 ESL Pro Tour Points.
Featured Image: Adam Lokomy, ESL FACEIT Group