Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Eddie Murphy kembali beraksi sebagai Axel Foley iaitu pegawai polis yang bermasalah tetapi berjaya menyelesaikan banyak kes kerana skil hebat dia. Dalam filem baharu oleh Netflix yang menerima judul Beverly Hills Cop: Axel F – ia merupakan filem keempat selepas 30 tahun daripada filem ketiga.

Treler acah ini memperlihatkan gelagat Foley yang lucu, aksi hebat serta interaksi bersama watak asal dalam filem lama seperti Billy Rosewood (Judge Reinhold) dan John Taggart (John Ashton). Dalam filem ini, Foley akan berganding bahu bersama rakan baharu lakonan Joseph Gordon-Levitt dan juga anak dia bagi menghentikan antagonis yang mengugut serta merungkai misteri konspirasi.

Buat masa ini, filem ini masih tidak mempunyai sebarang tarikh siaran. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Sohor Kini