Anda pernah atau tidak semasa kecil mempunyai kawan imaginasi? Saya ada dan dengan “dia”lah saya berbual sebelum tidur untuk berkongsi cerita mengenai cita-cita apabila dewasa serta masalah rungutan harian yang saya ada. Terbaru, filem IF (Imaginary Friend) akan ditayangkan pada 16 Mei 2024 dan filem ini merupakan kisah apa yang akan berlaku jika “IF” itu bukan sekadar imaginasi tetapi wujud di dunia nyata?

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh John Krasinski (The Office, The Quite Place, Jack Ryan), dilakonkan oleh Krasinski sendiri, Ryan Reynolds, Cailey Fleming dan Fiona Shaw sebagai watak manusia. Sementara watak-watak kawan imaginasi dalam bentuk animasi CG ini dilakonkan pula oleh Phoebe Waller-Bridge, Louis Gossett Jr., Steve Carell dan ramai lagi.

Berdasarkan treler, IF dilihat adalah sebuah filem komedi keluarga yang penuh dengan pengembaraan bagi menyelamatkan semua IF dengan meyakinkan kanak-kanak untuk kembali mempercayai IF ini benar-benar wujud dan bukan sekadar imaginasi. Filem ini dilihat turut akan mempunyai banyak elemen muzikal.

Sinopsis rasmi;

Seorang gadis mempunyai kuasa boleh melihat IF semua orang. Dengan perubahan zaman, ramai kanak-kanak hilang kepercayaan kepada IF dan misi gadis ini adalah mengembalikan kepercayaan kanak-kanak agar semua IF kembali bersama pencipta dan tidak lenyap.

Sohor Kini