Kung Fu Panda Kembali Dengan Filem Keempat

Kung Fu Panda adalah filem animasi aksi komedi dan kekeluargaan mengisahkan Jack Black sebagai seekor panda, Po yang cuba mengusai skil Kung Fu. Selepas tiga filem dikeluarkan iaitu pada 2008, 2011 dan 2016 – Po menjadi Black Warrior. Terbaru, filem keempat pula akan tiba 8 March 2024 dan anda boleh saksikan betapa lucunya filem baharu ini.

Sinopsis Rasmi:

Selepas tiga pengembaraan yang mencabar, sudah tiba masanya untuk Po “berehat” iaitu menjadi Spiritual Leader kepada Valley of Peace mengambil tempat Shifu lakonan Dustin Hoffman. Tetapi ada halangan, iaitu ahli sihir kameleon seekor reptilia yang boleh menyamar serta merampas “kuasa” Kung Fu.

Kung Fu Panda 4 diarahkan oleh Mike Mitchell (Trolls, Shrek Forever After) bersama-sama dengan Stephanie Ma Stine (She-Ra and the Princesses of Power), diterbit oleh Rebecca Huntley (The Bad Guys), kali pertama menyertakan Ke Huy Quan sebagai watak baharu – Han ketua perompak Den of Thieves.

Selain Black dan Hoffman, James Hong kembali sebagai Mr. Ping bapa angkat Po, Bryan Cranston sebagai Li bapa kandung Po, Ia McShane sebagai Tai Lung, turut menyertai barisan pelakon adalah Awkwafina sebagai perompak licik Zhen, dan juga Viola Davis sebagai Chameleon.

Sohor Kini