A24 iaitu penerbit untuk filem indie seperti Everything Everywhere All at Once, Uncut Games dan Lady Bird telah mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Kojima Productions untuk menerbitkan filem aksi nyata berdasarkan permainan sulung studio tersebut iaitu Death Stranding.

Maklumat lanjut mengenai filem ini masih belum dikongsikan, akan tetapi mereka telah hadir dengan Tshirt untuk meraikan pengumuman ini yang anda boleh dapatkan di pautan ini. Pada tahun 2021, Kojima Productions juga telah membuka cawangan di Amerika Syarikat untuk memfokuskan filem, mungkin inilah projek pertama mereka.

Death Stranding adalah permainan pertama oleh Kojima Productions, dan juga Hideo Kojima selepas meninggalkan Konami. Ia dikeluarkan pada tahun 2019 dan telah menerima penerimaan yang baik terutama kerana tatamain dan kualiti penceritaan – Ulasan Death Stranding.

Kojima Productions sebelum ini juga telah mengumumkan yang Death Stranding 2 sedang dibangunkan dan melibatkan Elle Fanning, Norman Reedus, Léa Seydou, Higgs Monaghan dan Troy Baker.

Sohor Kini