Skip to main content

Epic Games Store hari ini telah memulakan jualan promosi mereka bersempena dengan pengakhiran tahun 2023. Seperti biasa, mereka juga menawarkan permainan percuma secara mingguan dengan permainan pertama yang ditawarkan adalah Destiny 2: Legacy Collection.

Destiny 2: Legacy Collection ini menyertakan permainan asas yang secara sendirinya adalah permainan percuma bersama dengan tiga penambahan iaitu The Witch Queen, Beyond Light dan juga Shadowkeep yang memberikan anda akses kepada kempen dan juga barangan Exotic.

Anda boleh dapatkan Destiny 2: Legacy Collection di pautan ini.

Penawaran ini adalah sehingga 21 Disember 2023 sebelum diganti dengan satu permainan misteri. Bagi yang berminat untuk membeli permainan dengan lebih murah, Jualan Promosi Akhir Tahun kini bermula, selain menawarkan potongan harga, Epic Kupon juga ditawarkan yang memberikan potongan 33% untuk permainan berharga melebihi RM60.

Antara permainan menarik sudah semestinya antara permainan terbaik tahun ini iaitu Alan Wake II yang ditawarkan dengan harga RM136 dan selepas menggunakan Epic Kupon ia berharga RM91.12 sahaja, tambahan itu, anda juga boleh dapatkan Alan Wake Remastered secara percuma dengan pembelian ini.

Leave a Reply