Semalam telah kami laporkan yang tiga lagi siri TV MCU akan tiba di Disney+ pada tahun 2024. Mengejutkan salah satu siri ini adalah The Eyes of Wakanda yang sudah bertahun tidak kedengaran perkembangannya. Siri ini merupakan animasi dan kisah sampingan kepada Black Panther.

Black Panther dalam What If…?

Butiran siri ini masih tidak didedahkan sepenuhnya. Tetapi dikatakan, The Eyes of Wakanda adalah animasi yang menceritakan pahlawan Wakanda yang merantau ke seluruh dunia bagi mendapatkan semula artifak-artifak Vibranium yang merbahaya. Setiap kisah pahlawan ini mempunyai penceritaan di garis masa yang berbeza.

Siri animasi ini akan tiba sekitar tahun 2024, tetapi masih tiada tarikh lagi. Teruskan ikuti Aksiz untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini