Studio Kembara telah berkongsi treler untuk filem seterusnya oleh mereka iaitu Pendekar Awang – Darah Indera Gajah yang juga merupakan filem susulan kepada filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia, Mat Kilau.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Pendekar Awang akan ke pawagam pada 11 Januari 2024 dan menjanjikan aksi tanpa henti dengan penceritaan memfokuskan kepada penentangan melawan penjajah di Pahang.

Filem ini dibintangi oleh Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Heliza Helmi, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Amir Ahnaf, Hazwani Helmi, Nam Ron, Tissa Biani, dan Ali Karimi.

Sohor Kini