Sebelum ini kami sudah laporkan yang PlayStation telah menawarkan PlayStation Wrap-Up untuk tahun ini, dan Xbox juga telah hadir dengan perkara yang sama iaitu “Year In Review” yang menawarkan rangkuman aktiviti anda bukan sahaja di Xbox tetapi juga di PC jika anda pernah bermain permainan di platform tersebut yang diperoleh melalui Microsoft Store ataupun PC Game Pass.

Antara maklumat yang diperlihatkan adalah jumlah jam anda meluangkan masa bermain, jumlah achievement yang diperoleh dan juga genre-genre permainan popular. Di bahagian akhir laporan, anda juga dapat melihat tiga permainan yang paling lama anda main pada tahun ini.

Anda boleh layari Year In Review di pautan ini.

Sohor Kini