Seperti tahun-tahun lepas, PlayStation telah menyediakan PlayStaiton Wrap-Up bagi tahun ini untuk memperlihatkan rangkuman aktiviti anda menggunakan PlayStation sepanjang tahun 2023.

Sebagaimana untuk Wrap-Up tahun lepas, cara untuk mendapatkan laporan, anda hanya perlu layari laman PlayStation Wrap-Up dan log masuk akaun PlayStation utama anda. Berikut adalah antara laporan aktiviti yang dikongsi;

  • Jumlah permainan yang dimainkan
  • Permainan pertama yang dimainkan
  • Permainan paling lama dimainkan
  • Gaya Bermain
  • Permainan paling lama dimainkan setiap bulan
  • Jumlah jam menggunakan PlayStation dan perkakasan lain seperti PS VR2
  • Jumlah trofi yang diperoleh

Sebagai tanda penghargaan, mereka juga menyediakan avatar khas dan PlayStation Stars Digital Collectible yang anda boleh dapatkan di bahagian terakhir laporan aktiviti.

Sohor Kini