Square Enix Umum Permainan Mana Baharu – Visions of Mana

Square Enix ketika The Game Awards telah mengumumkan permainan baharu bagi siri Mana iaitu Visions of Mana yang akan dikeluarkan pada tahun 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Mereka juga berkongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Ini merupakan permainan utama baharu di dalam siri ini buat pertama kali selepas 15 tahun dengan permainan terakhir ialah Heroes of Mana dan kemudiannya sekadar menerima permainan-permainan olahan semula ataupun Remastered.

Di dalam permainan ini, pemain akan mengikut pengembaraan Val yang bersama dengan Faeries iaitu rakannya yang terpilih untuk menjadi Alm of Fire dan perlu ke Tree of Mana untuk mengembalikan aliran mana.

Sohor Kini