Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim hari ini telah mengumumkan barisan baharu kabinet yang antaranya melibatkan pembahagian Kementerian Komunikasi dan Digital kepada dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Menteri Komunikasi dan Digital sebelum ini iaitu Fahmi Fadzil akan menjadi Menteri Komunikasi manakala Gobind Singh Deo akan menjadi Menteri untuk kementerian baharu tersebut.
Buat masa ini perincian mengenai kementerian baharu ini masih tidak dijelaskan, akan tetapi berkemungkinan besar organisasi seperti MDEC dan industri kreatif akan terletak di bawah Kementerian Digital ini.
Dilaporkan oleh Malaysiakini, Anwar Ibrahim mengatakan yang komunikasi melibatkan media dan media sosial adalah cabaran besar bagi kerajaan dan sering menerima kritikan mengenainya, oleh itu ia memerlukan fokus tersendiri. Manakala transformasi digital sentiasa menjadi fokus utama kerajaan.
Sumber Gambar: X