Netflix telah mengumumkan yang Man On The Run iaitu dokumentari yang memfokuskan kepada Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low di dalam penglibatannya untuk menyalah guna dana 1MDB akan tiba di platform tersebut pada 5 Januari 2023.
Dokumentari ini diarah oleh Cassius Michael Kim yang sebelum ini terlibat dengan Stockton On My Mind dan The Wonder List. Dokumentari ini juga akan melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown.