Panel juri bagi kes mahkamah di antara Epic Games melawan dengan Google telah menerima keputusan yang memberikan kemenangan penuh kepada Epic Games dan secara langsungnya Google didapati bersalah melakukan aktiviti anti-pesaingan melalui Play Store – dilaporkan terlebih dahulu oleh The Verge.

Di dalam 11 persoalan mengenai kesalahan Google, panel juri telah mengatakan ‘Ya’ untuk kesemuanya, yang antaranya menyentuh sama ada Google telah melakukan aktiviti yang menyukarkan persaingan bagi pengedaran aplikasi di Android dan sama ada Epic Games mengalami kerugian daripada tindakan Google tersebut.

Buat masa ini, hakim James Donato tidak membacakan lagi apa yang perlu dilakukan oleh Google selepas kekalahan ini, di dalam kes saman ini, Epic Games juga tidak menyaman Google untuk pampasan.

Kes mahkamah di antara Epic Games dan Google bermula pada 3 tahun lepas, selepas Fortnite dibuang daripada Play Store kerana menyertakan cara pembayaran secara sendiri. Ia bermula bersama dengan Epic Games melawan Apple tetapi dengan keputusan yang berbeza dengan Apple memenangi hampir kesemua kes saman tersebut.

Sohor Kini