Fntastic Studio baru sahaja melancarkan permainan terbaru mereka The Day Before pada minggu lepas, namun pada minggu ini, melalui kenyataan yang dikongsi di X, mereka mengatakan terpaksa menutup studio kerana permainan tersebut telah gagal dan tidak mempunyai dana untuk meneruskan pembangunan.

Mereka mengatakan yang pendapatan yang diterima semasa permainan ini ditawarkan di Steam akan digunakan untuk membayar hutang kepada rakan kongsi mereka. The Day Before juga tidak lagi ditawarkan di Steam. Mereka tidak mengesahkan mengenai pembayaran balik kepada yang sudah membeli tetapi mengatakan yang pelayan akan terus dibuka buat masa ini.

Fntastic Studio sebelum ini hadir dengan permainan The Wild Eight, Dead Dozen, Radiant One, dan Propnight.

Sohor Kini