Skip to main content

Team Ninja ketika The Game Awards telah mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Rise of the Ronin akan dilancarkan pada 22 Mac 2024 unutk PlayStation 5 dengan sesi pra-tempahan akan dibuka pada 14 Disember 2023.

Mereka juga berkongsi video tatamain baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Permainan ini dikatakan merupakan permainan terbesar oleh mereka setakat ini yang menyertakan elemen sejarah yang merupakan kepakaran bagi Koei Tecmo dengan sistem pertempuran dengan gaya Team Ninja.

Rise of the Ronin membolehkan pemain untuk menjadi Ronin dengan lebih mendalam di zaman pengakhiran Tokugawa Shogunate.

Leave a Reply