Square Enix ketika The Game Awards telah mengumumkan yang Final Fantasy XVI akan menerima dua DLC iaitu Echoes of the Fallen dan The Rising Tide dengan yang pertama iaitu Echoes of the Fallen sudah dikeluarkan, seterusnya yang kedua akan tiba suku pertama tahun depan.

Echoes of the Fallen berlaku sebelum pemain menuju ke pertempuran terakhir oleh itu, pemain yang baru sahaja mula bermain permainan ini, perlu sekurang-kurangnya mencapai bahagian tersebut sebelum dapat memulakan DLC ini yang akan menyertakan penceritaan, pertempuran, senjata, dan aksesori yang baharu.

Anda boleh melalukan pembelian secara berasingan dengan harga RM40 untuk Echoes of the Fallen ataupun dengan Pas Penambahan yang menyertakan kedua-duanya dengan harga RM100.

Final Fantasy XVI sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Final Fantasy XVI.

Sohor Kini